![]()
![]()
PENDAHULUAN![]()
![]()
Masjid adalah simbol yang sangat
penting kepada orang-
|
|
orang Muslim, dan merupakan cara tempat untuk muslim
memanjatkan kesyukuran dan memuji kebesaran Allah


S.W.T.Tidak terdapat syarat-syarat yang khusus tentang
reka bentuk
sesebuah masjid itu, kecuali tentang
beberapa perkara. Unsur-unsur penting yang perlu
diambil kira adalah struktur binaan yang jelas menghadap
ke arah Tanah Suci Mekah (arah ini dipanggil Kiblat). Arah
ini ditandakan dengan kedudukan mihrab, iaitu suatu binaan
pada dinding masjid yang menceruk ke dalam. Ruangan
dihadapan mihrab ini haruslah berbumbung. Tidak boleh
terdapat pintu di dinding di mana mihrab ini terletak , tetapi untuk dinding yang lain,
boleh diletakkan pintu sebanyak mana yang dikehendaki. Kesenian dalam seni bina
sesebuah masjid melambangkan
keunikan Islam dari sudut pembinaan. Terdapat
pelbagai jenis
![]()
![]()
![]()
![]()
reka bentuk masjid di dalam dunia yang
mempamerkan budaya
masyarakat di sesebuah tempat. Pembinaan sesebuah masjid terdiri daripada
pelbagai sumber seperti tanah lumpur, emas, logam, kayu berlian, kayu intan, daun
nipah, aloi aluminium,cermin berlapis dan lain-lain lagi.Sumber-sumber yang di
gunakan dalam pembinaan sesebuah masjid menjadi simbol keunikan dalam seni bina
masjid.

"Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang
beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, dan
menunaikan zakat dan tidak takut pada siapa pun selain pada Allah maka merekalah
orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang yang mendapat petunjuk."
(At-Taubah: 18)
![]()